Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Adab Bermasyarakat


Orang yang takbur sentiasa berhasrat untuk memiliki sesuatu dengan tujuan untuk tonjolan dan kebanggaan diri. Mereka berhasrat untuk lebih dari orang lain. Maka segala urusan dengannya tidak akan berjalan dengan adil. Pengajaran Islam amat bertentangan dengan sikap itu.

Contohnya dalam adab mengambil makanan dan minuman, Rasulullah saw telah menunjukkan kan cara dengan percakapan dan amalan. Rasulullah bersabda, ‘ Aku makan seperti hamba’ dan caranya :

Rasulullah duduk dengan keadaan badan sedikit membongkok, penuh dengan rendah diri. Baginda akan makan dengan cepat dan berselera walau apa pun yang dihidang di depannya. Segalanya adalah sedap kerana ianya rezeki yang di berikan Tuhan kepada kita. Segala makanan dan minuman datangnya dari Allah. Dan bila kita tanamkan dalam diri yang Allah sedang dan sentiasa memerhatikan kita, maka kita akan melaksanakan segala suruhan Allah dengan mudah.

Sekarang ini, bila kita tahu yang Islam mempunyai adab bermasyarakat yang sempurna, maka perlukah kita masih ingin meniru gaya dan budaya barat? Bersederhanalah dalam setiap perbuatan dan percakapan. Orang yang sederhana terselamat dari banyak kesukaran dan kesempitan.

Tiada Respons to “Adab Bermasyarakat”

Tinggalkan komen