Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Jul
24

 

 

Hadis Riwayat Tirmidzi:

“Seorang muslim yang berdoa , memohon kepada Allah,

Selagi dia tak meminta sesuatu yang berdosa (yang dilarang)

dan tidak meminta sesuatu yang memutuskan hubungan silaturrahim,

Maka Allah berikan satu dari tiga kemungkinan untuk dirinya:

Kemungkinan Pertama: Doa itu dimakbulkan.

Kemungkinan Kedua: Doa itu akan disimpan dan dimakbulkan di akhirat kelak.

Kemungkinan Ketiga: Allah menjauhkan orang itu dari keburukan.

May
14

Ya Allah..

Kami berlindung pada Mu

Daripada rasa sedih dan gelisah

Dan kami berlindung pada Mu

Daripada sikap pengecut dan bakhil

Dan kami juga berlindung pada Mu

Daripada cengkaman hutang dan penindasan orang

Ya Allah..

Sihatkanlah tubuh badan kami..

Sihatkanlah pendengaran kami..

Sihatkanlah penglihatan kami..

Ya Allah..

Kurniakanlah atas kami lisan yang lembut basah

Mengingati dan menyebut nama Mu

Hati yang penuh sedar mensyukuri nikmat Mu

Serta badan yang ringan untuk mengerjakan dengan ketaatan

Segala perintah Mu

Apr
29

Terdapat 3 jenis manusia yang diberikan khabar gembira:

1) Seseorang yang berjuang di jalan Allah dan berada di barisan hadapan ketika mereka yang lain lari bertempiaran. Dia akan berjuang sehingga titisan darah yang terakhir atau sehingga Allah memberikan kemenangan padanya.

2) Seorang lelaki yang walaupun tidur lena bersama isterinya di atas tilam yang empuk, tetap akan bangun untuk mengerjakan Qiamullail.

3) Seseorang yang sedang dalam perjalanan bersama kumpulannya, dan ketika mereka yang lain tidur, dia bangun meninggalkan selimutnya untuk melakukan Qiamullail, tanpa mengira dimana, dan samaada susah atau senang.

Aug
27

 

Al-Fatihah

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang menguasai hari pembalasan

Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan..

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka..

Bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat..

Aug
27

Makna bacaan dalam solat:


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Jul
23


 

Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam hari ini kurang pengetahuan tentang wasiat. Wasiat sering disalahertikan di mana ramai yang beranggapan wasiat adalah kata-kata atau pesanan seseorang mengenai hartanya sebelum meninggal dunia.

Sebenarnya, wasiat adalah dokumen bertulis yang mengandungi ikrar ataupun hajat seseorang yang dibuat ketika hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk dilaksanakan selepas kematiannya.

 

Masyarakat Islam harus sedar bahawa penulisan wasiat bukanlah bermatlamat untuk menidakkan hukum faraid. Penulisan wasiat bertujuan memudahkan proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka dan sekali gus nasib waris-waris dapat dipelihara.

Berikut adalah antara masalah-masalah yang kerap timbul akibat ketiadaan wasiat:

a)      Proses pengagihan harta pusaka berlarutan sehingga bertahun-tahun

b)      Nasib waris-waris tidak terbela khususnya anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah

c)      Suami / isteri tidak mendapat bahagian harta sepencarian

d)      Hutang tertunggak

e)      Proses perundangan yang menyulitkan waris-waris

f)        Hubungan kekeluargaan di kalangan waris-waris terjejas

g)      Manipulasi terhadap harta pusaka

h)      Perniagaan tidak dapat diteruskan

 

Manakala berikut adalah senarai individu-individu yang perlu membuat wasiat:

a)      Anak

b)      Suami / Isteri

c)      Individu yang tiada anak

d)      Individu yang mempunyai anak di bawah 18 tahun

e)      Individu yang mempunyai anak tiri / angkat

f)        Individu yang hanya mempunyai anak perempuan

g)      Ibu / Bapa tunggal

h)      Pemilik saham syarikat

Ramai yang masih berandaian bahawa harta-harta seseorang akan secara automatik diagihkan kepada wars-waris setelah berlaku kematian. Tetapi malangnya, pelbagai proses yang kompleks perlu dilalui oleh waris-waris sebelum harta peninggalan dapat diagihkan. Mengikut perangkaan Amanah Raya Berhad (ARB), harta pusaka kira-kira bernilai lebih daripada RM30 bilion ketika ini tidak dapat diagihkan dan terbeku disebabkan masalah perwarisan. Harta-harta tersebut sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh waris-waris yang sah dan layak sekiranya wujud wasiat.

Individu-individu yang perlu membuat wasiat tidak semestinya yang kaya-raya. Dengan hanya berhartakan contohnya RM5000.00, seseorang itu perlu juga membuat wasiat sama ada harta itu berupa harta alih seperti akaun simpanan atau harta tak alih seperti tanah. Tiada sesiapa yang mahu waris-warisnya bersusah-payah turun naik mahkamah dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan harta peninggalan mahupun dalam usaha melunaskan hutang-hutang si mati.

Nafsu dan perasaan manusia terlalu rumit untuk diramalkan. Keadaan keluarga yang harmoni pada hayat kita boleh bertukar menjadi haru-biru dan berpecah-belah disebabkan kelemahan pentadbiran ataupun perebutan harta peninggalan kita. Justeru itu, ingin ditekankan di sini bahawa, melalui penulisan wasiat, pelbagai komplikasi jangka panjang mahupun jangka pendek boleh dielakkan selain menjamin kesejahteraan institusi kekeluargaan.

Sabda Nabi S.A.W:

Harta dunia adalah milik Allah S.W.T, kita hanyalah sebagai pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat Islam.

Kini, dokumen wasiat anda boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa perlu melantik peguam. Anda juga tidak perlu risau kerana wasiat anda akan disimpan oleh ARB dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian status semasa anda. Dan yang paling penting kos untuk menyediakan dokumen wasiat anda adalah sangat rendah.

Terdapat beberapa pakej menarik yang boleh dipilih oleh individu-individu dalam penulisan wasiat. Secara umum, berikut adalah kandungan-kandungan yang terdapat dalam dokumen wasiat mengikut kehendak seseorang individu:

a)      Informasi Mengenai Pewasiat seperti nama & alamat

b)      Pengisytiharan Sihat akal fikiran dan tubuh badan serta faham tentang kesan wasiat

c)      Pelantikan wasi dan wasi pengganti

d)      Tanggungjawab wasi dan pemegang amanah di dalam pelunasan hutang dan mengutip aset si pewasiat

e)      Siapa tahu tentang kedudukan aset dan liabiliti

f)        Pengisytiharan harta sepencarian

g)      Pengekalan harta pusaka

h)      Cara pembahagian harta pusaka

i)         Kebolehasingan (severability)

j)         Pelantikan penjaga sah anak-anak

k)       Yuran pelajaran anak-anak di IPTS atau IPTA

l)         Perwarisan perniagaan

m)    Penjelasan belanja pengebumian

n)      Penjelasan belanja pentadbiran pusaka

  • o)      Peranan wasi untuk waris tanpa hadir

p)      Peranan wasi di dalam pelupusan aset jika wujud pertelingkahan

q)      Persepakatan waris-waris

r)        Peringatan untuk semua

s)        Waris bertakwa kepada Allah S.W.T

t)        Permohonan ampun dan maaf dari ahli keluarga dan waris

 

Tahukah bahawa setelah kematian anda, harta-harta seperti akaun semasa, akaun simpanan di Tabung Haji, ASB, KWSP dan sebagainya akan terbeku dan kebiasaannya waris-waris terpaksa menunggu sehingga beberapa tahun sebelum harta-harta itu dapat diagihkan? Janganlah berlengah lagi dalam melindungi harta anda dan orang-orang yang anda sayangi walaupun anda masih muda. Jangan tinggalkan mereka dengan masalah kewangan ditambah pula dengan prospek sistem perundangan yang menyulitkan.

Jika terdapat sebarang kemusykilan dan persoalan mengenai penulisan wasiat, sila hubungi Azlin Abas di talian 019-2266181 atau melalui e-mail azlinabas@gmail.com          Wassalam.

Feb
18

Firman Allah S.W.T :

‘Hai orang orang yang beriman, jauhilah berprasangka , kerana sesungguhnya kebanyakan berprasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari cari kesalahan orang lain.’  -Al Hujurat:12-

Orang yang sentiasa sibuk memerhatikan kejelikan orang lain akan lupa tentang kejelikan dirinya sendiri, Hatinya menjadi buta, badannya akan terasa letih dan amat sukar untuknya melepaskan dirinya dari kejelikan yang ada padanya.

Diriwayatkan oleh Al Bukhari, sabda Rasulullah s.a.w:

‘Berhati hatilah kalian dari berprasangka buruk kerana ianya adalah sedusta dusta ucapan. Janganlaj sering mencari kejelikan orang lain, saling memerhati, saling mendengki, saling membelakangi serta saling membenci. Jadilah kalian hamba hamba Allah yang bersaudara.’

Kita dikehendaki berprasangka baik kepada orang lain dan tidak membuat mereka sedih dan berduka kerana disalah sangka. Berhati hatilah dengan perkataan yang keluar dari mulut kita walau sekalipun benar tidak mendatangkan pahala , namun sekiranya ianya salah hanya akan mendatangkan dosa.

Abu Qilabah Abdullah berkata:

Apabila ada perbuatan saudaramu yang kamu dengar dan ianya tidak kamu sukai, hendaklah kamu berusaha keras mencari alasan untuk tindakannya itu. Andainya setelah itu, kamu masih tidak dapat mencari sebarang alasan yang baik untuk perbuatannya itu, maka katakanlah pada dirimu sendiri: ‘Saya yakin saudara saya itu mempunyai alasan yang kuat sehingga dia melakukan apa yang telah dilakukannya.’

Waktu sekarang ini bukanlah masanya untuk kita mencari cari keburukan dan kesalahan orang lain. Bahkan sebaliknya, ambillah masa ini untuk bermuhasabah terhadap diri kita sendiri. Masa yang ada , wajarlah digunakan untuk menginsafi diri dan menyediakan bekalan yang mencukupi untuk kembali ke akhirat kelak.

Oct
16

Siapa itu Tuhan?

Ayat ‘Allazi khalaq’ bermaksud ‘Yang menciptakan manusia’.Kenapa Allah menekankan Dia yang menciptakan manusia? Jawapannya ialah kerana dengan mengenali diri kita diri kita terlebih dahulu, kita akan mengenali pencipta diri kita.

‘Man arafa nafsahu, faqad arafa rabbuhu’. Maksudnya : Siapa yang mengenali dirinya akan kenal Tuhannya.

Bagaimana nak mengenal diri kita? Kita mulakan dengan soalan soalan berikut:

a) Dari mana aku datang?

b) Di manakah aku berada sekarang?

c) Apa yang perlu aku lakukan ?

d) Kemana aku akan pergi selepas ini?

e) Siapakah yang mencipta aku dan alam ini?

Jawapan kepada soalan soalan ini akan mengajak kita berfikir dan membawa kita mengenali sifat sifat kita dan Pencipta kita.

Nabi Muhammad saw juga pada mulanya tidak mengetahui adanya Tuhan. Semasa beliau berusia 40 tahun, beliau telah lari untuk bersendirian di Gua Hira’ kerana tidak tahan dengan kejahilan penduduk Quraisy pada masa itu. Dan di sini lah, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada nya melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan wahyu pertama itu ialah :

‘Iqra’ bismirabbik..’ yang bermaksud ‘bacalah dengan nama Tuhan’.

Jelas sekali di sini, untuk mengenali Tuhan, kita di suruh membaca dan bahan bacaan yang terbaik adalah Al Quran yang mengandungi pelbagai jawapan kepada semua soalan hati dan jiwa. Jika kita tidak tahu, maka cari lah guru sebagai pengantara untuk menerangkan dan membimbing kita mengenali diri dan Tuhan.  Insyaallah..

 

Aug
30

Seseorang tidak boleh tidur sehinggalah dia menyelesaikan 4 perkara:

a) Jangan tidur selagi dia percaya di atas bumi ini ada musuh

b) Jangan tidur selagi merasa diri berdosa dan dia belum bertaubat atas nya

c) Jangan tidur selagi belum menulis wasiat dengan tepat

d) Jangan tidur selagi dia belum habis menunaikan kewajipan nya pada Allah

Aug
27

“Bukankah kami (Allah) telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad). Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat. Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu. Maka sesungguhnya di samping kesukaan, ada keresahan.. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusah payahlah mengerjakan yang lain. Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

-Surah Al Insyirah-

***************************************************

Surah ini hendaklah dibaca dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan perlahan. Bacalah sebanyak 3 kali dan mohonlah agar dilapangkan dada..