Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Jangan Bersedih Lagi

‘Dan apabila hamba hamba Ku bertanya padamu tentang Aku, maka jawablah yang Aku adalah dekat. Aku menkabulkan doa orang orang yang berdoa iaitu apabila dia memohon kepada Ku, hendaklah dia memenuhi segala perintahKu supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.’

(Surah Al-BAqarah, ayat 186)

Marilah kita menadahkan tangan, menggantungkan hati, diri dan fikiran sepenuhnya kepada Allah swt. Kerana hanya Allah sahaja yang memegang kunci yang dapat menghuraikan segala masalah. Dia yang menyembuhkan segala penyakit dan luka yang paling dalam. Dia lah yang Maha Agung yang dapat mengubati hati dari segala kesedihan.. Dialah yang Maha Kuasa yang memberi kekuatan sewaktu kita berasa tidak berdaya..

Setiap kali ujian muncul, setiap kali kita tersungkur..ingatlah kepada Allah, Tuhan yang tidak pernah letih atau jemu mendengar segala keluh kesah dan semua permintaan hamba Nya. Sesungguhnya Tuhan amat suka bila kita menadah tangan dan memohon pada Nya. Tuhan mendengar luahan hati kita sepanjang hari, sepanjang malam dan setiap saat dan waktu.

Orang orang terdekat dengan kita, seperti suami, isteri, ibu, bapa atau anak anak pasti akan berasa bosan, jemu atau marah ..malah tidak mempunyai waktu untuk mendengar berulang ulang masalah kita.

Percayalah yang Tuhan sentiasa berada dekat dengan kita , lebih lebih lagi bila kita sentiasa ingat pada Nya. Kita tidak sendirian. Dengan Nya yang berat akan terasa ringan, yang ringan bertambah ringan. Dengan Nya, kita yakin masih ada Harapan di hari mendatang. Kerana Allah memungkinkan perkara perkara yang mustahil pada fikiran kita. Dia mampu mencipta keajaiban bila dikehendaki Nya.

Tunaikanlah segala perntah Nya dan yakin lah kepada Allah. Biarlah Allah menggantikan keresahan dengan ketenangan. Buangkan perkataan mustahil dan gantikanlah dengan ‘harapan’.

Tadahlah tangan , memohon kepada Nya..

Tiada Respons to “Jangan Bersedih Lagi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: