Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Berbuat Kebaikan

Bila diri dilanda kesedihan dan hati berasa gundah, berbuatlah kebaikan terhadap orang lain. Nescaya hati akan terasa tenang dan tenteram dengan segera . Antara kebaikan kebaikan yang boleh dibuat : Bersedekahlah kepada mereka yang papa, bantulah orang orang yang dizalimi, kurangkan beban orang yang menderita, memberi makanan kepada orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sedang sakit dan bantulah orang yang dalam kesusahan. Allah pasti akan meringan segala kesedihan di jiwa kita.

Perbuatan yang baik adalah ibarat memakai minyak wangi, keharumannya bukan hanya dibau oleh si pemakai tapi dapat juga di bau oleh orang disekelilingnya. Begitulah juga.. membuat kebajikan ibarat pengubat hati yang sedih.

Dan jika kita tidak mampu untuk melakukan kebajikan kebajikan diatas, perkara yang paling asas ialah memberikan senyuman sebagai sedekah. Niatkanlah berbuat sesuatu kebaikan itu (bukan untuk mengaharapkan orang membalas budi kita) tapi semata mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tiada Respons to “Berbuat Kebaikan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: