Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Adab Berbeza Pendapat

Artikel kiriman seorang teman:

Islam telah meletakkan beberapa adab yang perlu diikuti supaya tidak berlaku permusuhan semasa berbeza pendapat. Antara adab-adab yang telah dijelaskan oleh Islam adalah sebagaimana berikut :

A) Ikhlas

Menjauhkan diri daripada nafsu yang buruk.

Hindari dari suka menampilkan diri dalam membela diri dan nafsu sehingga menyebabkan perangai suka berdebat.

B) Al Quran dan Al Sunnah sebagai Panduan

Berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada al Quran dan as Sunnah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil-amri (orang-orang yang berkuasa daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantahan (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahnnya.”

(Surah an Nisa’ : 59)

C) Berusaha Mengelak Dari Berlakunya Perselisihan

-Jangan Memulakan Perselisihan

– Menganggap pendapat orang lain adalah musuh baginya

D) Bersangka Baik

Berbaik sangka kepada orang yang berbeza pendapat dengan kita

-Jangan anggap pendapat orang lain 100% salah, mencela dan menuduh dengan tuduhan yang buruk.

Islam amat mementingkan umatnya mewujudkan penyelesaian dengan kaedah perbincangan / bermesyuarat / berdiskusi. Kerana manusia sering melakukan kesilapan. Keputusan yang dibuat secara bersama adalah lebih baik, mewujudkan kebersamaan dan lebih banyak idea  serta menjauhi fitnah berbanding keputusan yang dibuat oleh minoriti kecil.

(Walaupun, tiba-tiba keputuasan mesyuarat yang dibuat salah dan tidak tepat, itu adalah lumrah manusia yang terbatas dek akalnya. Akan tetapi , keberkatan daripada keputusan bermesyuarat itu adalah lebih penting. Kesannya, tidak timbul saling salah menyalahkan kerana keputusan yang dibuat adalah bersama.)

E) Untuk Mendapatkan Kebenaran

– Beza pendapt untuk mencari kebenaran

– Bukan untuk bermegah megah dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki

F) Tidak Menyalahkan Orang Lain

Tidak mudah untuk menyalahkan orang lain

Tidak mudah untuk menuduh secara melulu

Usul periksa

F) Berlapang Dada

Jika kita mudah untuk mengkritik orang. Kita juga bersedia untuk menerima kritikan orang.

-Menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan ikhlas

-Jadikan Al Quran dan Hadith sebagai panduan

G) Berusaha Untuk Menyatukan Pendapat

Menghindari permasalahan khilafiyah dan fitnah

Berpegang teguh dengan etika berdialog

Menghindari perdebatan, bantah-membantah dan berkasar (kelakuan / percakapan)

Tidak menyokong pendapat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Contoh : Menzalimi orang, menipu,  dan lain-lain.

H) Berusaha Untuk Berubah

Berusaha sedaya upaya merubah kesilapan

Jangan merasakan dirinya adalah hina apabila pendapatnya salah.

Berdiam diri dalam perdebatan  sekiranya jahil dalam perkara yang dimesyuaratkan.

Mengeluarkan pendapat bagi yang mengetahui perkara yang dimesyuaratkan.

Seorang hukama’ pernah berkata : “kamu boleh berdebat dengan aku sekiranya kamu menepati 10 syarat ini :”

1)       Jangan marah

2)      Tidak cuba mencari masalah

3)      Jangan kamu berbangga

4)     Jangan kamu menghukum

5)      Jangan kamu ketawa

6)     Jangan menjadikan dakwaan kamu sebagai dalil

7)      Jika mendatangkan dalil, tujuannya mestilah untuk mencari kebenaran

8)     Apabila menggunakan akal, gunakanlah ia sebagai untuk menerangkan sesuatu

9)     Menjadikan kebenaran itu barang yang berharga untuk umat Islam

10)   Jangan berpaling kepada orang lain apabila seseorang sedang bercakap dengan kamu.



Tiada Respons to “Adab Berbeza Pendapat”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: