Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Hidayah

Petikan dari syarahan Ustaz Nasir Zawawi:

Hidayah adalah pemberian  Allah kepada hambanya mengikut kehendakNya. Kalau Dia nak bagi Dia akan bagi. Kalau Dia tak nak bagi, Dia tak bagi. Betulkah kita ni mendapat hidayah? Seorang hamba diperintahkan meminta hidayah setiap hari dan hukum meminta hidayah adalah wajib disisi Allah. Sesiapa yang tidak pada hari itu tidak meminta hidayah, walaupun ia solat, Allah tidak terima solatnya, dan kalau Allah tidak terima solatnya maka seluruh hidupnya tidak bernilai disisi Allah!

Berapa kali dlm satu hari kita mintak hidayah? “IhdinaSSirraatal mustaqiim”. Ya Allah tunjukkanlah daku jalan2 yg lurus, atau pun berilah aku hidayah jalan jalan yang lurus. Jika ini ditinggalkan sengaja atau tidak sengaja dlm solat kita maka solat kita tidak sah, dan apabila solat kita tidak sah, Allah tidak pandang seluruh hidup kita sebagai ibadah kepada Allah.

Maka satu hari paling kurang kita menyebut 17 kali wajib kita minta hidayah (melalui solat fardhu). Hidayah ada 5 peringkat:

1. Hidayatut Tabi’iyyah (Hidayah Semulajadi).

Hidayah semulajadi yang diberikan oleh Allah kepada makhluk tanpa makhluk belajar utk mengetahuinya. Contoh, seekor lembu yg melahirkan anak, perkara yang mula mula dilakukan adalah menjilat lendir pada anaknya. Kemudian si anak berdiri mencari susu ibunya dengan sendirinya, dan si ibu membiarkannya sahaja dengan penuh kasih sayang. Ini adala tabii semulajadi yg tidak pernah diajar.

Manusia lahir saja ia terus menangis. Ini adalah hidayah. Si ibu akan gembira bila anak ini menangis. Ertinya tangisan itu adalah komunikasi pertama antara ibu dengan anak. Hidayah tabi’in yang lain adalah hidayah tindakbalas spontan. Bila hampir terpijak paku terus saja kita angkat kaki, tak sempat paku itu masuk kedalam kaki kita. Bayangkan jika Allah tidak bagi kita hidayah.
2. Hidayatul Hasyiyyah (Hidayah Pancaindera).
Hidayah ini berbentuk pendengaran, penglihatan, percakapan, deria rasa (bukan sekadar mata, telinga, dll). Yang ini tak semua Allah bagi, ada yg ada telinga tapi tiada pendengaran. Dgn hidayah ini kita dapat berzikir, baca Quran.
3. Hidayatut ‘aqliyyah (Hidayah Akal).
Hidayah ini lebih penting kerana tanpanya kita tidak ubah seperti binatang. Allah pilih. Tak semua manusia Allah beri akal. Ada yang Allah tarik akal daripadanya maka jadilah ia org yang tidak berakal. Di dunia ini samada orang itu berakal atau tidak berakal. Allah tidak mencipta manusia bodoh. Cuma Allah mencipta manusia berbeza kebijaksanaan sahaja. Seorang tukang sapu adalah profesional dalam kerjanya menyapu dan tidak boleh dibuat oleh seorang CEO.  Seorang CEO memang hebat dalam bidangnya tetapi ia tidak boleh membuat kerja tukang sapu. Masing masing mempunyai kebijaksaan yang berbeza, maka dengan itu kita tidak boleh memperbodohkan orang. Dengan kurniaan akal oleh Allah kepada kita, maka terlantiklah kita sebagai kahlifah fil ardh (khalifah di mukabumi) untuk kita bawa makhluk Tuhan ini kembali kepada Allah.
Tetapi adakah akal itu segala galanya? Dah sempurnakah hidup kita? Tidak, kerana adanya manusia yang mendapat akal, dia menjadi penderhaka yang amat dahsyat, menjadi pembunuh. Lihatlah sebuah negara yang anggap dirinya polis dunia, keinginan untuk menakluk dunia, dengan senjata yang dibangunkannya untuk menghancurkan manusia.
Akal adalah sesuatu yg perlu diikat, dikawal. Kita perlu akal selama mana akal terikat, dan bilamana akal tidak diikat ia akan membahayakan diri kita.
4. Hidayatut Islamiyah/Imaniyah.
Hidayah ini adalah pengikat akal, iaitu petunjuk lagi peraturan Allah. Yang diturunkan melalui malaikat, kpd nabi, disampaikan kepada manusia supaya manusia tahu peraturan/tujuan hidup. Daripada 6 billion penduduk dunia, hanya 1.3 billion yang mendapat hidayah Allah. 4.7 billion manusia Allah belum beri hidayah.
Hidayah ini memang payah. Nabi saw sendiri, kisah Abu Talib, iaitu bapa saudara Nabi saw, yang memberi perlindungan secukupnya kepada Nabi saw. Sampai Nabi saw pernah lari ke belakang Abu Talib kerana dikejar Abu Jahal. Abu Talib berkata kepada Abu Jahal, kalau engkau hendak sakiti hati anak saudaraku ini, tolong sakiti hatiku dulu. Namun di akhir hayatnya, walaupun 70 kali Nabi saw keluar masuk nak mengajaknya beriman, namun Abu Talib masih tidak juga dan mati dalam keadaan tidak beriman. Menangis Nabi saw. Maka turun wahyu, lebihkurang maksudnya “Ya Muhammad, engkau tidak boleh beri petunjuk kepada sesiapa pun yang engkau cintai tetapi Aku (Allah) yang akan memberi petunjuk kpd siapa yang Aku kehendaki”.
Umar, yg terkenal kerana keberanian dan garangnya, tetapi satu hari Allah izinkan untuk ia memahami Surah Toohaa. Maka Umar pun beriman.
Kita sayang siapapun kita tak boleh beri hidayah kepadanya.
Hidayah ini tidak boleh dijual beli. Banyak pemikir barat yg hendak menghancurkan Islam, mereka hafal/faham quran dsb. Pernah di sebuah universiti Scotland, seorang murid bertanya kepada professornya yang hafal Quran dan hadis tetapi tidak masuk Islam. Jawab professor itu, “saya tidak beriman kpd Allah menunjukkan benarlah firman Allah”, lalu professor itu membacakan sepotong ayat Quran spt yg di atas.
5. Hidayatut Taufiqiyyah.
Ini adalah hidayah, petunjuk melalui dorongan Allah swt bilamana berlaku murfa’ (muafakat antara hamba dgn Allah), bilamana seorang hamba sanggup bersusah kerana Allah, bilamana seorang hamba sanggup berkorban utk Allah, maka pd waktu itu Allah ambil ia, dan berlakulah muafakat, maka pada waktu itu Allah datangkan keupayaan yang luarbiasa untuk ia taat kepada Allah.
Dalam hadis qudsi, “… bilamana hamba hambaku melakukan amalan nawaffir, ia datang dgn satu langkah, Aku datang kepadanya dengan seribu langkah.  Bilamana ia datang dalam keadaan berjalan, Aku datang dengan berlari, …” tetapi dgn syarat kita perlu benar benar memahami Islam dan sanggup bersusah kerana Allah.
Antara ciri2 orang yang mendapat taufik:
Allah buka pintu kebenaran seluas2nya sehingga ia mudah utk masuk kedlm kebenaran, dan Allah tutup pintu kejahatan serapat2nya sehinga ia tiada peluang utk buat kejahatan. Inilah org yg mendapat hidayah taufik.
Org yg mendapat hidayah taufiqiyah sahajalah:
a. Mendapat kasih sayang Allah.
b. Amalnya diterima Allah.
c. Mendapat pembelaan dan pertolongan Allah.
Tiada alasan “Allah hanya menerima amal ORANG ISLAM” atau “Allah hanya menerima pembelaan ORANG ISLAM”.
Hanya senya “Allah menerima ORANG YANG BERTAQWA sahaja”. Maka dgn itulah Quran itu dipanggil “hudallil muttaqiin (petunjuk bagi ORANG ORANG YANG BERTAQWA)”, bukannya “hudallil muslimin (petunjuk bagi ORANG2 MUSLIM/ISLAM)”.
Org yang bertaqwa ialah orang yang berhati2 terhadap apapun yang dilakukan daripada jatuh kedalam kemurkaan Tuhan dan inilah tujuan puasa yg kita lakukan supaya datang satu rasa dalam diri kita iaitu rasa takut kapada kemurkaan Tuhan, takut kapada neraka Tuhan.
Maka dgn itu tak cukup sekadar hidayah Islam, kita kena usahakan hidayah taufik. Jika tidak dgn taufik Allah, kita tidak akan berubah, kita tidak akan beroleh kemenangan. Marilah kita memohon hidayah taufik drpd Allah, barulah kita diberkati Allah, barulah kita dipandang secara langsung oleh Allah.

Yang Allah tak pandang kita ni, dan yang Allah tak tolong kita ni, sebab terlalu banyak dosa kita dengan Allah sehingga ia menjadi hijab antara kerajaan langit dan bumi.

Mudah2an kita mendapat hidayah dari Allah swt. Wallahua’lam.

Tiada Respons to “Hidayah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: