Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Mengenali Tuhan II

Allah mempunyai 99 nama yang juga disebut sebagai Asma Ul-Husna.

Kita sering dengar nama nama Allah di alunkan dalam bentuk lagu. Nama nama itu bukan untuk menunjukkan yang Tuhan itu ramai. Tuhan hanya ada satu. Nama nama tersebut adalah nama nama panggilan yang menunjukkan sifat Allah.

Contohnya: Nama kawan kita ialah Zakaria. Anaknya memanggil dia ‘ayah’ dan isterinya pula memanggil dia ‘abang’. Kawan kawan rapatnya memanggil dia dengan panggilan ‘Zack’, sementara pekerja pekerja di kilangnya memanggil dia ‘boss’ kerana dia pengurus di situ. Apabila pulang ke kampung, saudara maranya memanggil dia ‘Pak Ya’. Walau apa pun panggilan yang di beri pada dirinya, dia tetap orang yang sama. Begitu juga, Asma-ul-Husna adalah nama nama Allah yang menerangkan sifat sifat Allah.

Hmm.. ada pula yang bertanya: ‘Mengapa ye Allah membahasakan diri sebagai ‘Kami’ dalam Al-Quran? Bukankah ‘kami’ itu bermaksud ramai?

Jawab Ustaz: Allah hanya ada Satu. Sebenarnya ‘Kami’ merujuk kepada 99 nama Allah. Allah menggunakan istilah ‘Kami’ kerana hendak mengingatkan kita yang Dia adalah seperti 99 nama Nya.

Antara nama nama Allah adalah:

1. Allah

2. Ar-Rahman = Maha Pemurah

3. Ar-Rahim = Maha Penyayang

4. Al-Malik = Maha Menguasai

5. Al Quddus = Maha Suci

6. As-Salam = Maha Penyelamat

7. Al-Mukmin = Maha Pengaman

8. Al-Muhaymin = Maha Pelindung/Penjaga

9. Al-Aziz= Maha Perkasa

10. Al- Jabbar = Maha Kuat

11. Al-Mutakabbir = Maha Besar

12. Al-Khaliq = Maha Pencipta

13. Al Bari= Maha Perancang

14. Al-Musawwir = Maha Mencipta Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar = Maha Pengampun

16. Al-Qahar= Maha Menundukkan

17. Al Wahab= Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq = Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fatah= Maha Pembuka

20. Al-Alim = Maha Mengetahui

21. Al-Qabid = Maha Menyempitkan Hidup

22. Al-Basid= Maha Melapangkan Hidup

23. Al Qafid = Maha Penghina

24. Ar-Rafi’ = Maha Tinggi

25. Al-Mu’iz – Maha Pemberi Ketenangan

26. Al-Mutil= Maha Merendahkan

27. As-Sami’ = Maha Mendengar

28. Al-Basir = Maha Melihat

29. Al-Hakam = Maha Menghukum

30. Al-Adl = Maha Adil

Tiada Respons to “Mengenali Tuhan II”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: