Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Impian Dalam Rumahtangga


Apa yang isteri mahukan dalam hidup berumahtangga? Adakah sama dengan impian suami atau jauh berbeza hingga suami tak faham langsung apa yang tak kena dengan hubungan mereka.

Mana ada pasangan yang sempurna dalam hidup ini? Setiap insan pasti akan diuji. Ada yang baik agamanya tapi miskin. Ada pula yang kaya tapi tak ingat Tuhan. Ada yang sihat dan bergaya tapi mata keranjang. Ada yang tiada rupa tapi pandai mengambil hati isteri. Ada isteri yang cantik tapi bermata duitan. Ada isteri yang gemuk tapi pandai uruskan rumah tangga. Namun asalkan setiap pasangan suami isteri sanggup berganding bahu dan berpegang tangan, cukuplah modal mereka bagi mengharungi dugaan hidup.

‘Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak (Surah Al-Nisa ayat 19)

Disebabkan kurang bersyukur, suami isteri boleh bercerai berai. Kereta mewah dah dibagi, tapi masih juga sedih sebab tak dapat bercuti keluar negeri macam kawan kawan yang lain. Si isteri suka mengugut suami dan memaksa dipenuhi segala permintaannya. Dia tak peduli sama ada suami nya mampu atau tidak. Dia tak bersyukur betapa beruntungnya dia jadi isteri yang bagai permaisuri di rumah. Semua kerja orang gaji yang buat. Ada setengah setengah isteri terpaksa berhujan berpanas mencari nafkah, membanting tulang menolong ringan kan beban suami hingga tak peduli kan masa rehat dan tidurnya. Setiap hari dikejar waktu. Sudah ada isteri yang sabar, muda, boleh melahirkan zuriat, berwajah cantik, mengapa masih ada yang tidak bersyukur lagi?

Ada lelaki yang pula bertemu jodoh dengan wanita wanita yang bermasalah, tak boleh melahirkan anak, mewah dan boros. Lihatlah pada anugerah Allah yang anda miliki dan bandingkan dengan mereka yang tak bernasib baik dalam jodoh mereka.

Tiada Respons to “Impian Dalam Rumahtangga”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: