Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Anak Anak


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.”
Berkata para sahabat :
“Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : ” Bukan. Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al – Hadith)

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah: Saidul (penghulu) Istighfar
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Satu Respons to “Anak Anak”

  1. adakah hadist yg menjelaskan msalh ini


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: