Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Kritikan & Kejian

Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang terlepas dari kutukan, kritikan dan kata kata kejian walaupun anda telah membuat kebaikan. Mereka ini tidak akan senang melihat orang lain senang. Samaada sewaktu anda hidup sehinggalah anda ke liang lahad, pasti ada pihak yang tidak suka dengan kejayaan dan kebaikan anda. Dan adakalanya cemuhan dan kejian mereka membuat anda menangis serta mengusik ketenangan anda.

Mereka ini adalah orang orang yang iri hati terhadap orang lain yang berjaya, lebih berharta serta lebih pandai dari mereka. Dan kata kata cemuhan itu tidak akan hilang selagi mereka tidak melihat anda jatuh, hina an melarat. Hanya dengan itu sahaja mereka akan diam dan mencari mangsa seterusnya.

Oleh itu, waspadalah terhadap kata kata mereka. Bersikaplah seperti batu karang. Jangan sekali kali biarkan mereka lihat yang hati anda terusik dengan kata kata mereka. Jangan sekali kali menengking atau memarahi mereka. Malah, sebaliknya , gunakan reverse psychology. Tunjukkanlah akhlak yang mulia, pekakkan telinga dan diamkan lah lidah. Itulah satu satunya cara membuat mereka senyap dan sesungguhnya doa orang orang yang sabar itu akan di tunaikan Allah.

Tiada Respons to “Kritikan & Kejian”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: