Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Masa Hadapan


‘Syaitan itu berjanji untuk menakut nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bakhil, kedekut); sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan kelebihan daripadaNya’. (Baqarah :268)

Hari esok adalah sesuatu yang tidak nyata, tiada warna atau rasa. Lalu mengapa kita mesti sibukkan diri dan menghabiskan masa dengan memikirkan dan risau tentang perkara perkara buruk yang mungkin akan terjadi pada esok hari?

Jangan memikirkan seberangi sebuah jambatan sebelum kamu sampai di situ. Sebab siapa yang benar benar tahu yang kita akan sampai atau tidak di jambatan itu? Boleh jadi perjalanan kita akan terhenti sebelum kita tiba di sana atau mungkin jambatan itu telah roboh dan hanyut di bawa arus sebelum kita tiba. Atau mungkin kita juga tidak perlu menggunakan jambatan itu kerana ada sampan di sana.

Biarlah hari esok datang dengan sendirinya. Jangan bertanya, menilik atau menanti dengan sedih kedatangannya kerana anda sepatutnya sibuk dengan mencari dan mengerjakan kebaikan pada hari ini. Mengapa mesti bersedih tentang hari esok yang belum tentu matahari akan terbit untuk kita.

Tenangkanlah hati dan tersenyumlah pada hari ini…

Tiada Respons to “Masa Hadapan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: