Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Hari Ini Milik Kita


Hari ini, matahari menyinar dengan terang dan menyapa kita dengan ceria. Pandanglah alam sekitar!
Hari ini hari anda, manfaatkanlah ia sebaik baiknya. Anggaplah anda cuma ada hari ini saja untuk hidup.
Jangan tersepit dengan kehidupan masa lalu dengan berbagai kesedihan yang telah terjadi dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan yang masih belum pasti.

Pusatkan seluruh usaha dan kreativiti anda pada hari ini. Bahagikan waktu dengan bijak. Jadikan setiap minit seperti seribu tahun, setiap detik seperti seratus tahun. Tanamkan kebaikan sebanyak yang termampu pada hari ini. Meminta keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan. Mengingati Tuhan dan bersedia untuk kembali kepadaNya.

Jadikanlah hidup ini satu hari tanpa sebarang kesedihan, tanpa gangguan, marah, benci, dengki atau iri hati.

Hari ini bila anda dapat makan sepinggan nasi yang enak, jangan fikirkan tentang nasi semalam yang sudah basi atau tentang nasi yang anda akan makan esok hari (kerana nasi hari esok masih dalam angan angan..).

Tanamkanlah dalam hati ‘Masa hidupku hanyalah ada pada hari ini. Oleh itu, hari ini aku akan berkata yang baik baik saja dan menjauhi segala percakapan yang kotor dan menjijikan. Hari ini aku tidak akan mencela, mengherdik atau ber gossip tentang hal keburukan orang lain. Hari ini, kerana aku hanya akan hidup pada hari ini saja, aku akan jaga penampilanku, kebersihanku, kebaikan tutur kataku dan perbuatanku. Hari ini aku akan menghulurkan pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan, menziarahi jiran yang sakit, menderma kepada yang miskin, menyanyangi kanak kanak dan menghormati orang orang tua.

Tiada Respons to “Hari Ini Milik Kita”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: