Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Nikmat


Setiap insan harus mengingati setiap nikmat yang Allah berikan.
Nikmat yang Allah beri meliputi dari hujung rambut hingga di bawah kedua tapak kaki, nikmat kesihatan, udara, air, keamanan dan sebagainya.

‘Jika kamu ingin menghitung nikmat yang Allah berikan, nescaya tidak terhitung (Ibrahim : 34)

Pernahkah kita terfikir betapa untungnya kita kerana boleh berjalan di atas kedua tapak kaki kita, sedangkan ada orang lain tidak mempunyai kaki langsung untuk berjalan?
Adakah kita berfikir bahawa berdiri di atas kedua betis kita adalah mudah, sedangkan ada manusia yang langsung tidak ada betis?
Pernahkah kita bersyukur kerana mampu menutup mata dan tidur dengan lena pada waktu malam, sedangkan ada manusia lain yang tidak boleh tidur kerana menanggung sakit?
Pernahkah kita mencaci dan membuang makanan kerana ianya tidak panas atau minuman tidak manis, sedangkan ada manusia lain yang tidak dapat merasa makanan seperti itu kerana penyakit yang dideritainya?

Renungkanlah betapa untungnya anda:
* Ada telinga untuk mendengar. Dijauhi dari pekak dan tuli
* Ada mata untuk melihat. Dijauhi dari buta
* Ada kulit yang cantik dan lembut. Dijauhi dari penyakit gatal dan kudis
* Ada akal yang sihat. Dijauhi dari kegilaan yang menghinakan.

Kita sebenarnya telah diberikan nikmat yang tidak terhitung..tapi sayangnya kita tidak menyedarinya. Bahkan kita sering hidup dalam ketidakpastian dan sering terperangkap dalam kesedihan..sedangkan kita masih memiliki roti yang segar untuk dimakan, air yang segar untuk diminum, tidur yang lena dan kesihatan ang stabil. Kita sering meratapi apa yang hilang sedangkan kita lupa dengan apa yang kita ada.

Renungkanlah dan bersyukurlah…

Tiada Respons to “Nikmat”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: