Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Yang Lalu Biarkan Berlalu


Mengingati masa lalu dan bersedih di atas kegagalan dan kedukaan sehingga ke hari ini adalah satu tindakan yang bodoh. Penyesalan yang tak sudah sudah hanya membunuh semangat, mematahkan harapan dan menghalang diri dari menjalani hidup seadanya.

Kita seharusnya mengikat segala peristiwa sedih masa lalu dengan tali yang amat kuat dan melemparkan kan nya jauh ke dasar laut. Semua peristiwa tersebut hanyalah sebahagian dari masa lalu. Semuanya tidak akan berulang kembali kerana ianya memang telah tiada.

Bila kita masih berfikir tentang segala kesedihan yang lepas, adakah kita inginkan musibah tersebut berulang semula? Untuk apa semuanya? Adakah kita berharap yang semuanya dapat di ‘rewind’ semula: matahari akan kembali ke asalnya, bayi akan masuk semula ke perut ibunya dan airmata akan akan kembali ke kelopak mata?

Tapi..kita mungkin lupa, jika masa dapat diputar kembali, tidak bermakna kita akan dapat mengubah apa yang telah terjadi. Malah, kita mungkin terpaksa menghadapi situasi yang sama dan kesedihan yang sama juga sekali lagi.

Orang yang hidup dalam masa silam, akan hanya mensia siakan kehidupan masa sekarang. Umpama ‘yang dikendong berciciran, sedangkan yang dikejar tak dapat’. Tidak guna menyimpan dendam dan kisah lalu yang pahit, kerana walau betapa kita ingin kembali ke saat itu, ianya tidak mungkin berlalu.

Tiada Respons to “Yang Lalu Biarkan Berlalu”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: