Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Sabar Dalam Dugaan

Kata mereka: Sedia payung sebelum hujan.

Seorang suami tidak akan membiarkan isterinya hidup tanpa bimbingan agama, bergaul dengan wanita wanita yang jahat dan bersosial dengan bebas sebelum timbul soal penderhakaan isteri di kemudian hari.

Jangan tunggu bila mahu belajar sembahyang hingga akhirnya tak sempat lagi untuk selama lamanya.

Jangan lengahkan mengajar anak anak adab dan akhlak sebelum mereka terdedah dengan kejahatan sosial.

Jangan lalai menjaga kecantikan diri luaran dan dalaman sebelum menyesal kerana suami berpaling kepada wanita lain.

Jangan lupa pada masa depan kewangan anda dan keluarga sebelum apa apa kemalangan berlaku suatu hari nanti.

Jangan lengah selagi masih ada peluang. Hidup mesti ada disiplin untuk menjayakan kerja kerja yang mendatangkan manfaat dunia dan akhirat.

Setelah segala daya dan usaha dikerahkan, orang beriman akhirnya tunduk dengan kuasa Allah yang menentukan segalanya. Tetaplah berusaha walau diri di uji musibah.

‘Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka Dia segerakan seksaan di dunia. Dan apabila Allah kehendaki keburukkan pada hamba-Nya, Dia menangguhkan balasan dosa sehingga Dia menuntutnya pada hari kiamat kelak. Sesungguhnya besarnya pahala bergantung pada besarnya ujian. Barangsiapa yang redha, maka Allah meredhainya dan barang siapa yang marah, maka Allah memurkainya’
Riwayat Al-Tarmizi-

Tiada Respons to “Sabar Dalam Dugaan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: