Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Mencari Jawapan

Alam..

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian…atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti…. atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

***********************************************

Hidup ini pasti diwarnai dengan nikmat dan azab , silih berganti, bahagia dan derita saling berturutan..kerana bukannya dunia tempat untuk di uji? Apakah jodoh akan kekal hingga ke anak cucu atau terputus di tengah jalan, semuanya takdir yang telah ditentukan oleh Allah.

Antara nikmat dan azab, kedua dua nya pasti memberi kesan. Ada orang bila diberi nikmat, dia jadi lalai tapi bila diuji dengan azab sengsara dia jadi tersedar dan kembali kepada Tuhan.  Ada juga jenis manusia yang sebaliknya. Jika kaya da sihat dia bersyukur tapi bila dicabut nikmat itu dia jadi zalim dan kejam.

Hati yang telah lama terluka, menjadi terang semula dengan kehadiran dia. Bibir kembali tersenyum dan harapan mula di tanam semula. Diri ini juga berhak untuk bahagia. Syukur kerana diberi peluang kedua. Tapi dalam pada hati berbunga, ada yang datang membuat diri rasa bersalah. Menceritakan kepedihan dan kesunyian satu hati yang merasa tidak dipedulikan. Rintihan dan kisahnya sedikit sebanyak membuat airmata mengalir. Kejamkah diri ini? Perlukah saya mendengar dan melepaskan rasa hati ini untuk kebahagiaan dirinya? Atau pekak kan sahaja telinga dan terus mengikut kata hati? Saya juga perlukan dia dalam hidup saya.

Kepala terasa semakin panas..setiap kali terlihat satu pintu harapan, setiap kali juga ianya tertutup bila kaki menghampiri..

Tiada Respons to “Mencari Jawapan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: