Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Pasrah 2

Mencari Sinar Yang Hilang

Kata dia: Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Ada kifarat-Nya. Hidup kita ini kalau tidak ada pahit, tidak ada sedih, tidak ada yang melukakan, akan terasa hambar. Tidak ada cabaran-Nya.

Kata Nani: Hidup saya, saya akui memang tidak susah, belum pernah kelaparan dan tidak pernah lagi tiba hingga terpaksa meminta pertolongan dari orang lain. Cuma, saya lelah bermain dengan ombak dan badai perasaan. Setiap malam saya akan menunggu dia balik. Kadang kadang pukul 11.0o malam, ada kalanya pukul 1.00pagi dan adakalanya serentak dengan kehadiran azan subuh. Saya sudah tidak berupaya lagi untuk meneruskan hidup sebegini.

Kata dia: Bersyukurlah andai dia pulang. Kerana itu maksudnya dia masih ingat untuk kembali pada awak. Kalau dia tidak balik, tentu lagi awak akan risau. Awak jadi lebih rapat dengan Tuhan pun sebab dia . Setiap apa yang berlaku, hanya Allah yang tahu kenapa. Awak kena ingat: seorang suami adalah hak kita hanya apabila dia bersama sama kita. Dia jadi hak Allah bila dia keluar dari rumah. Doa kan lah yang baik baik untuk dia. Insyaallah, awak akan termasuk dalam mereka yang beriman. Ramai lagi yang nasibnya lebih teruk dari awak.

Amat mudahnya kata kata tersebut. Siapa kah pula yang akan mendoakan untuk sebuah hati yang retak..Siapakah pula yang akan memimpin , menunjukkan jalan, mengajar untuk mendekati Tuhan..sedang asas agama dalam diri ini tidak sekukuh mana. Penasihat sering berganti tapi ayatnya masih skema.

Kerusi di tolak kebelakang, seraya dia berkata perlahan: Tak apa lah ustaz. Kalau itu nasihat ustaz, ustaz simpanlah untuk orang lain. Biar saya mencari cahaya dengan cara saya sendiri. Andai Ustaz terasa hendak membantu, doakanlah agar saya tidak tersesat dalam pencarian saya ini.’

Langkah di atur menuju ke pintu luar sambil menyeka air mata yang mengalir deras.  Tak akan di jejakkan kakinya di bangunan ini lagi.

Tiada Respons to “Pasrah 2”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: