Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Isteri vs Kekasih

Isteri vs Kekasih

Seorang teman bercerita : A man needed a girlfriend and not a wife.

Kenapa? Kerana seorang suami jua perlu dibelai.

Dia tak suka bila balik umah saja, si isteri membuka cerita tentang bil TNB yang tak di bayar lagi, cerita tentang tuan sewa rumah yang datang meminta duit sewa. Dia tidak suka apabila hari hari mendengar cerita tentang mak mertua di kampung telefon suruh pergi ziarah anak pak ngah yang sedang belajar di UiTM sebaik saja tiba di rumah.

Guna kan akal sebagai seorang isteri. Beri sang suami kenyang perutnya dahulu, dan mandi, rehatkan fikiran dan layan segala keinginannya.

Semasa dia telah tenang di katil tu, berikan dia sebuah ciuman di dahi. Kemudian baru lah dibuka cerita atau meminta duit atau bercerita tentang kerenah anak anak. Tentu fikirannya lebih terbuka. Dilihatnya kita sebagai teman dan kekasih. Bukannya hanya ibu kepada anak anaknya.

Kata dia : Ini hanya nasihat dan petua orang lama yang patut dipraktikkan. Bukan masing masing hanya memikirkan hendak kepuasan hati sendiri sahaja. Hidup satu perkongsian bukan satu bebanan. Petua tidak semestinya berhasil untuk semua tapi ianya bagaikan titisan air yang mampu melembutkan kerak nasi. Terpulang sama ada kita ingin menjadi isteri, kekasih atau gabungan kedua duanya… Menawan hati suami bukannya dengan mengunakan sihir..tapi tawanlah ia dengan kelebihan yang ada pada seorang wanita.

-hana 2010-

Satu Respons to “Isteri vs Kekasih”

  1. saya setuju


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: