Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Ujian Dan Tekanan

Ujian dan Tekanan

..Pakcik KJ diam, terus memandang ke hadapan. Memandang pokok yang pernah dipanjatnya. Kemudian dia berpaling ke arah Haliza yang duduk di sisinya.

‘Pakcik ni tak bersekolah tinggi. Tak tau macam mana nak jawab soalan kamu tu. Cuma, bila pakcik rasa tertekan, pakcik akan cuba lepaskan tekanan tu. Masalahnya, orang sekarang ramai yang keliru samaada nak lepaskan tekanan atau lupakan aje tekanan tu.

Misalnya, kekadang kita rasa tertekan dengan keluarga, sekolah atau kerja. Pilihan kita waktu tu untuk lepaskan tekanan ialah dengan menjerit, berjogging, berlari, bersukan, menulis, menangis dan macam macam lagi. Kekadang, walau dah buat semua tu, tekanan masih ada sisa nya. Jadi pilihan lain ialah: melupakan tekanan tu. Ada yang ambil dadah dan ada yang bunuh diri. Cuba untuk melupakan tekanan yang bebankan fikiran. Sedangkan tekanan tu ada dalam hati. Ianya tak akan hilang selagi kita tak lepaskan nya. Melepaskan, bukan nya melupakan.

Haliza kena ingat. Tekanan tak wujud dalam jiwa kita secara kebetulan. Tujuan tekanan wujud dalam hati kita ialah untuk ingatkan kita yang kita ni hamba Allah.Tuhan berikan kita ujian dalam berbagai bentuk dan salah satu nya ialah.. dengan tekanan.

Jangan hanya soal hati kita kenapa ada tekanan.Soal juga perbuatan kita. Soal juga tentang masa silam kita. Soal segala galanya. Tapi jangan harapkan jawapan dari mereka. Harapkan jawapan dari Tuhan. Berdoalah agar di lapangkan hati kita. Berdoalah juga agar di lepaskan tekanan dari dalam hati tu. Lambat atau cepat, Tuhan akan bagi jawapan untuk soalan soalan kita. Dan satu hari, tanpa kita sedari, kita sudah boleh tersenyum.. kita tak sedar yang tekanan tu dah hilang. Cuma, ingat. Tekanan itu akan sentiasa silih berganti dalam hidup kita. Sebab tu lah ianya di panggil ujian.

Ya, soal lah hati kamu. Soal hati kamu sewaktu kamu berdoa. Jadikan diri kamu hamba yang sebetul betulnya hamba Tuhan..
****************************
Petikan dari Dunia ini Sederhana kecil

Tiada Respons to “Ujian Dan Tekanan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: