Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Kembalilah Pada yang Berhak..

Kembalilah Pada yang Berhak..

Angin berhembus sepoi sepoi bahasa. Bauan harum dari pohon anggerik menambah kepiluan suasana.

Dewi Seri berkata perlahan lahan, ‘ Wahai Puteri Zubaidah, hamba tahu niat puteri ikhlas demi untuk mendapatkan sekaki payung emas di akhirat kelak. Namun, jawablah soalan hamba ini dengan seikhlasnya..’

Puteri Zubaidah mengangguk perlahan lahan.

‘Airmata puteri yang mengalir di pipi adakah kerana tersentuh dan sedih pabila suami puteri melafazkan niatnya untuk mengahwini hamba? Adakah air mata itu kerana memikirkan kasih yang akan terbahagi dua? Jawablah demi kerana Allah’ pinta Dewi Seri.

Puteri Zubaidah terdiam seraya mengalihkan pandangannya dari Dewi Seri ke suami nya Putera Iman. Pandangannya jelas menzahirkan kesayuan dan memberi jawapan kepada persoalan Dewi Seri. Sememangnya ikhlas itu amat sukar dihayati walau seribu kali Puteri Zubaidah cuba berbuat demikian. Dia hanya wanita. Apa yang boleh dilakukannya melainkan memberi keizinan apabila sang suami menyatakan hasrat untuk memperisterikan Dewi Seri. Walaupun pahit ditelannya jua demi kerana suami tercinta. Sesungguhnya tiada seorang isteri yang sanggup berkongsi kasih .

Inilah dikatakan hati wanita. Sejauh mana keikhlasan diberi, tetap kan ada perasaan yang terusik walau sebesa hama.

Cahaya bulan kian terang walau keadaan sekeliling kelihatan berbalam. Tiada yang dapat mententeramkan 3 jiwa yang dilanda gelora. Perjuangan dan pengorbanan ada lah ujian yang sangat hebat. Tidak terlarat dipikul rasanya jika tidak ditemani oleh zikir zikir memuji Allah.

‘Izinkan hamba untuk pergi, wahai Putera Iman. Puteri Zubaidah sesungguhnya adalah jodoh Tuan Hamba. Cintailah dia sepenuhnya. Hamba cuma menumpang gembira.’ Dewi Seri berbicara sayu. Keputusannya merobek hainya sendiri. Dewi Seri meluru lalu memeluk Putera Iman. Dilepaskan tangisannya didada Putera Iman. Jauh di sudut hatinya, tidak sekali kali di inginkan perpisahan ini, namun dia harus pasrah…

-Ku Seru Namamu : Illani Mysara-

Tiada Respons to “Kembalilah Pada yang Berhak..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: