Jejak Kehidupan
..mencari jalan pulang..

Adab Memberi dan Menerima Salam

Assalamualaikum. :)

Kata Ustaz, dalam memberi dan menjawab salam, juga ada adab adabnya.

a) Apabila kita datang lambat ke suatu majlis kuliah atau muzakarah, kita janganlah memberi salam sehingga menarik perhatian semua orang di majlis tersebut ke arah kita. Janganlah kita juga mencelah kepada perbualan yang sedang berjalan. Sebaliknya, lebih elok kita turunkan pandangan dan secara senyap senyap mengambil tempat duduk. Apabila ada peluang kemudiannya , barulah kita memberi salam.

b) Apabila bertemu dengan seorang Muslim, berilah salam ‘Assalamualaikum’. Dan bila menjawab, katakanlah ‘Walaikumussalam’.

c) Apabila seorang rakan mengatakan bahawa ada orang kirim salam kepada kita, yang terbaik maka jawablah ‘Alaihim wa’laikumussalam’. Memadai juga jika dijawab dengan ‘Walaikummussalam’.

d) Andainya kita berada dalam satu kumpulan, cukuplah jika salah seorang menjadi wakil dalam memberikan salam. Demikianlah juga, sekiranya berada dalam kumpulan, sudah memadai jika salah seorang menjadi wakil menjawab salam bagi pihak semua.

e) Orang yang memulakan memberi salam akan mendapat pahala yang lebih besar.

f) Apabila menjawab salam seseorang, hendaklah dijawab dalam bentuk sebutan. Bukan dengan cara angka tangan atau angggukan.

g) Yang lebih baik, sekiranya mendapat salam, kita jawab salam tersebut dengan lebih panjang daripada salam yang diterima. Jika seseorang mengucapkan ‘Assalamualaikum’ kepada kita, jawapan yang lebih baik adalah ‘ Walaikumussalam warahmatullah’. Lebih baik lagi jika dapat ditambah ‘wabarakatuh’ di penhujungnya.

h) Adalah wajib menjawab salam yang ditulis didalam surat. Tak kiralah sama ada menjawabnya dengan tulisan atau sebutan.

i) Apabila menjawab salam secara menulis, boleh lah ditulis ‘Alakimussalam’ atau ‘Assalamulaikum’ sahaja.

j) Janganlah memberi salam kepada orang yang sedang asyik berbual atau sedang sibuk bekerja. Jangan lah juga terus bergegas untuk menjabat tangan orang yang sedang sibuk bekerja. Amalan begini dianggap tidak beradab dan menyusahkan orang yang sedang bekerja.

k) Apabila sedang qadha hajat (ditandas) janganlah menjawab atau memberi salam.

l) Apabila memberi salam kepada yang lebih tua, perlahankan nada suara supaya tidak kedengaran seperti angkuh atau kurang hormat.

Adab adalah ajaran untuk menjaga perilaku kita agar kita dapat menjauhkan diri dari perkara perkara yang boleh mendatangkan gangguan atau kesusahan pada orang lain.

About these ads

Tiada Respons to “Adab Memberi dan Menerima Salam”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: